"Gangguan ini berlaku secara keseluruhan. Saya sangat takut dengan apa yang berlaku sekarang ini. Terlalu berat untuk saya kongsikan," itulah kata pelakon dan penyanyi Bella Astillah yang mendedahkan dia dan suaminya, Aliff Aziz menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita tidak dikenali.
Menerusi Harian Metro, Bella menjelaskan sihir tersebut dihantar untuk melihat rumah tangga pasangan itu musnah. Bagaimanapun, Bella meluahkan rasa syukur keadaan mereka semakin pulih selepas menjalani rawatan alternatif.
"Ada yang menghantar sihir pemisah rumah tangga. Kalau kata kami nak berpisah, kenapa tak berpisah dari dulu saja masa banyak kes yang terjadi antara saya dan Alif.
"Apa yang kami lalui selama lebih sebulan ini tak okey. Tapi saya bersyukur apabila Aliff tidak pernah menolak setiap kali saya ajak pergi berubat sebab dia sendiri pun dapat rasakan perubahan terhadap dirinya. Begitu juga dengan saya.
"Tapi Alhamdulillah kami semakin pulih sebab Aliff nak pergi berubat. Mungkin sesetengah pasangan, dia tidak mahu atau tak percaya, tapi dia sama-sama nak cari jalan sebab dapat rasakan sesuatu pelik terjadi kepada kami," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Tambah Bella, dia dan Aliff akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka serta menyifatkan apa yang berlaku sebagai ujian serta akan lebih berhati-hati untuk memuat naik perkongsian.
"Alhamdulillah kami sudah cukup matang sekarang. Jadi, kami anggap apa yang berlaku ini sebagai ujian dan teguran untuk saya. Jadi sekarang ini saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di media sosial. Mungkin sebelum ini saya terlalu kerap berkongsi hingga buat orang tak selesa.
"Aliff sekarang sedang berehat dan dia selalu beri saya sokongan moral. Dia juga selalu ingatkan saya supaya tidak mengalah dan minta saya untuk berjuang menyelamatkan perkahwinan ini.
"Rumah tangga kami nak masuk tahun ketujuh bersama anak-anak. Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas apa yang saya lakukan. Tapi, selepas ini Insha-Allah saya akan lebih berhati-hati dalam berkongsi apa saja di media sosial," katanya.
Untuk makluman, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019. Bagaimanapun, mereka rujuk kembali ketika dalam tempoh edah. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment