07 December 2022

BERDEPAN 4 LAGI PERTUDUHAN - PU AZMAN MENGAKU TIDAK BERSALAH



Didakwa di dua mahkamah berasingan di sini hari ini, pendakwah selebriti iaitu Azman Syah Alias atau dikenali sebagai PU Azman telah berdepan empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki pada Februari, Jun dan Ogos lalu.


Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said di Mahkamah Sesyen dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret.

Di Mahkamah Sesyen, Azman Syah yang turut dikenali sebagai Cik Man didakwa dengan dua kes amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah inap desa di Sungai Udang dekat sini masing-masing pada 12.15 tengah malam 20 Februari dan 1 pagi 29 Jun lalu.

Klik untuk gambar besar



Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat sekiranya disabitkan kesalahan.

Tertuduh juga didakwa menggalakkan seorang lagi mangsa yang juga berusia 17 tahun untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp yang mana dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Kesalahan tertuduh didakwa dilakukan antara 4 petang hingga 7.30 malam di rumah dekat sini, 16 Ogos lalu. Di Mahkamah Majistret, Azman Syah didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki lain berusia 19 tahun di rumah dekat sini pada 9.15 malam, 10 Jun lalu.



Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga serta saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan. Sebutan semula bagi kesemua kes berkenaan ditetapkan pada 12 Januari tahun hadapan.

Pada Oktober, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki, Februari dan Julai lalu.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: