07 December 2022

ZARINA ANJOULIE NAFI LELAKI ITU TEMAN LELAKI, TAPI CIKGU RENANG ANAKNYA



Nama pelakon Zarina Anjoulie, 35, sebelum ini hangat diperkatakan selepas tersebar video di Tik Tok memaparkan dia bersama seorang lelaki yang didakwa segelintir netizen adalah teman lelakinya.


Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul ketika dihubungi berkata, setakat ini dia tiada perancangan untuk berkahwin.

"Dia cikgu renang anak saya, Martin. Saya kadang-kadang ada juga kawan lelaki. Biasalah, kita kawan-kawan. Kalau nanti saya betul-betul ada 'boyfriend' (teman lelaki), saya akan beritahu. Dia itu cikgu 'swimming' (renang) Martin. Kami hanya kawan," ujarnya.

Terdahulu, menerusi hantaran video di TikTok DS Elzey yang kini sudah dipadam, rata-rata komen ditinggalkan netizen kepada Zarina dan lelaki itu sangat positif, termasuk mendoakan yang baik-baik buat pelakon berkenaan agar dipertemukan jodoh boleh memimpin dan melindunginya.

Klik untuk gambar besar



Zarina yang sering terpalit dengan cerita sensasi adalah ibu tunggal kepada seorang anak lelaki dan pernah gagal dalam dua perkahwinannya sebelum ini.

Untuk makluman, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangki Gabriel Martin Ezra yang kini berusia enam tahun.

Pada 20 Julai 2020, Zarina berkahwin kali kedua dengan Eilyas Azhar, namun mereka dilaporkan bercerai dua kali pada Februari dan Mei tahun lalu. Bagaimanapun, mereka tidak memiliki cahaya mata.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: