07 December 2022

PENGSAN KETIKA JAWAB PEPERIKSAAN DI SEKOLAH - ZAKI YAMANI DIKEJARKAN KE HOSPITAL



"Guru kelas hubungi saya beritahu Zaki pengsan. Saya terus ke sekolah selepas untuk membawa dia ke hospital. Mujurlah rumah kami dekat dengan sekolah. Apabila saya tiba di sekolah, keadaan Zaki sangat lemah dan tidak bermaya.


Itulah jelas ibu kepada penyanyi Zaki Yamani iaitu Fatimatuzahra Samad dimana anaknya itu terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kajang pada pagi Rabu selepas tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas peperiksaan di sekolah.

Ibu Zaki memberitahu pihak sekolah menghubunginya memaklumkan kejadian tersebut sebelum bertindak membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Fatimatuzahra memberitahu punca Zaki pengsan disebabkan anaknya itu mengalami demam dan semput mungkin berjangkit daripada orang lain memandangkan ramai berdepan masalah sama.

Bukan itu sahaja, kata ibu zaki lagi, kesibukan menjalani latihan persembahan bersempena Konsert Gemilang Datuk Jamal Abdillah yang dijadualkan Jumaat ini juga turut menyumbang kepada kemerosotan kesihatan anaknya itu.

"Sejak kebelakangan ini Zaki kerja tak henti. Dia juga sibuk dengan latihan sebelum hari konsert. Selepas buat ujian saringan Covid-19, keputusannya negatif. Doktor beritahu Zaki demam dan semput. Selain kurang rehat, sekarang juga musim demam," ujarnya.

Difahamkan, anak lelaki kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini sepatutnya ditahan di wad bagi pemerhatian lanjut, bagaiamanapun ibunya meminta untuk pulang dan berehat di rumah.

Tambah Fatimatuzahra, doktor menasihati supaya kembali mendapatkan pemeriksaan lanjut jika keadaan Zaki masih sama pada sebelah malam.

"Kalau kena tahan susah juga, jadi saya minta untuk rehat di rumah. Dia pun mahu berada di rumah kerana lebih mudah. Jika malam masih teruk demamnya, perlu dibawa ke hospital lagi. Sekarang ini dia berehat sahaja di rumah. Esok (Khamis) dia ada latihan lagi. Doakan Zaki kembali sihat," tuturnya.


________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: