07 December 2022

"MENYAMPAH... ASYIK KENA IKUT CAKAP DIA SAHAJA" - CHAM DEDAH DI SEBALIK KONTROVERSI VE, DAKWA ZAF BERLAGAK KETUA



"Ikutkan saya tidak mahu masuk mana-mana pertandingan tapi Zaf pujuk saya berulang kali untuk menyertai GV9 sehingga akhirnya saya bersetuju. Sehari sebelum sesi fotografi GV9, Zaf menghantar mesej meminta maaf tidak dapat menyertai program itu malah minta kami semua tak masuk kerana menganggap masih belum bersedia.


"Kami ada berjumpa dan dia beri alasan sama... tapi kami dah tanda tangan perjanjian, tak akan pula nak tarik diri, malu kami dengan pihak Astro nanti," kata penyanyi Cham yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan rakannya iaitu Zafri Nazaruddin atau Zaf yang meminta dia tidak lagi menggunakan nama VE selepas tamat pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini.

Cham atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Khalil mendedahkan, penyertaan VE menerusi GV9 sebenarnya adalah idea Zaf malah pernah memujuknya berulang kali meskipun pada awalnya dia enggan menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Cham memberitahu, Zaf sendiri menyerahkan semua tugas berhubung GV9 kepadanya namun mempertikaikan apabila tidak memberi sebarang perkembangan kepadanya.

Cham mengakui disebabkan perkara remeh itu, dia mula berasa tidak selesa dengan tingkah laku Zaf yang didakwa sentiasa berlagak seperti seorang ketua sehinggakan sebarang keputusan tanpa pengetahuannya boleh menyebabkan mereka bermasam muka.

"Masa itu saya dah mula rasa menyampah... sebab asyik kena ikut cakap dia sahaja. Sebelum ini pun kena ikut dari segi pemilihan lagu malah pakaian! Dia anggap diri dia ketua kumpulan dan kami tak boleh buat keputusan sendiri dan semua kena ikut telunjuknya," tambahnya.



Berhubung isu terpinggir yang dibangkitkan Zaf, Cham menjelaskan ia berlaku selepas mereka membuat grup WhatsApp khas untuk GV9 tanpanya bagi memudahkan perbincangan di antara mereka tentang pertandingan tersebut.

Jelas Cham, dia merasakan tiada keperluan Zaf berada dalam grup sembang itu memandangkan dia menarik diri daripada menyertai GV9.

"Kami tak masukkan dia sebab dia tak terlibat dalam GV9, bila kami berbual di sini, dia ingat kami membelakangi dia tapi sebenarnya kami semua sangat sibuk dengan pertandingan. Mungkin kerana itu dia terasa hati kami tak update apa-apa padanya," tuturnya.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: