07 December 2022

KINI BERTUDUNG - INTAN LADYANA ANGGAP HIJRAHNYA ITU BUKAN PENGAKHIRAN KARIER



"Bagi saya kalau ada yang kata kurang watak apabila sudah berhijab itu adalah tak benar. Banyak jalan cerita yang menampilkan wanita berhijab. Malah rakan-rakan artis juga sekarang sudah ramai yang mula berhijab," ujar pelakon Intan Ladyana yang tidak melihat tindakannya tampil berhijab sejak penghujung Oktober lalu itu akan menyekat peluang untuk terus berlakon dan menerima tawaran daripada produksi.


Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 40, berkata, banyak watak dalam drama atau filem pada masa kini sudah mengetengahkan jalan cerita dan pelakon wanita berhijab.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi dan pelakon Harris Alif itu berkata, dia juga akan meletakkan batasan sebelum menerima tawaran lakonan supaya ia seiring dengan imej baharunya tersebut.

Klik untuk gambar besar



Kata Intan lagi, dia juga lebih memilih pakaian bersesuaian agar tidak keterlaluan dalam drama lakonannya seperti penampilan di khayalak ramai.

"Dalam berlakon kenalah ada batas. Ia perlu seiring dengan penampilan serta status saya sebagai seorang isteri dan ibu. Gaya saya masih sama seperti dahulu cuma sekarang perlulah menutup aurat dan bersesuaian. Setiap pemilihan baju juga perlu sesuai dengan majlis cuma tidak boleh keterlaluan," tuturnya.

Berkongsi mengenai perjalanan mula berhijab, Intan meluahkan rasa syukur kerana niatnya itu dipermudahkan. Dia yang sebelum ini berkongsi gambar memakai tudung di laman sosial miliknya itu juga mendapat banyak pujian pengikutnya serta rakan-rakan selebriti.



Ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini juga memberitahu kehidupannya kini berbeza selepas melahirkan anak pertama pada 1 Februari lalu.

"Saya baru sahaja berhijab. Perjalanan hijrah saya ini tidaklah sukar. Insya-Allah semoga berterusan. Kehidupan sekarang agak hectic sedikit. Perlu uruskan masa untuk kerjaya dan keluarga. Kedua-duanya harus diberi fokus sebagai mungkin. Bagaimanapun saya enjoy dan ia adalah satu pengalaman baru buat saya," jelasnya.

Untuk makluman, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Evie Khadeeja.






________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: