07 December 2022

HAMIL 5 BULAN - AYU RAUDHAH & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KEENAM



"Saya sebenarnya segan nak kongsi, sebab anak pun dah masuk enam, kalau anak nombor satu takpa la juga, excited la juga. Alhamdulillah, saya anggap ini rezeki buat anak saya dan suami. Kandungan saya dah masuk lima bulan dah, cuma tak pernah bagi tahu dekat media sosial sampailah Zaquan share video.


"Kami berdua ok je sebab kami berdua memang daripada keluarga yang ramai, saya dan Zaquan masing-masing ada tujuh adik beradik. Kami happy anak ramai," jelas pelakon Ayu Raudhah yng mengesahkan dirinya kini hamil anak keenam dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Baru-baru ini, suami kepada Ayu iaitu pemain bola sepak Negeri Sembilan FC, Zaquan Adha ada memuat naik perkongsian menitipkan ucapan hari lahir buat isteri tercinta.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian itu, Zaquan memuat naik video kompilasi gambarnya bersama isteri berserta kapsyen romantis dan di akhir video tersebut turut memaparkan foto alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif.

Menurut Ayu, dia mengakui segan untuk berkongsikan berita tersebut pada awalnya apatah lagi ini bukanlah zuriat pertama mereka, namun meluahkan rasa syukur di atas rezeki tersebut.

Dalam pada itu, Ayu turut berkongsikan dia mengalami alahan teruk untuk kandungan kali ini termasuk suaminya yang berdepan simptom muntah dan demam.



"Sebelum ini anak lima orang tak pernah ada morning sickness, tapi yang keenam ini lain macam rasanya. Saya dan Zaquan kami muntah dan demam masa first trimester.

"Teruk gila waktu itu, mungkin sebab dah berusia. Kami dah tak larat sangat, duduk sebelah terbaring demam. Sebelum ni pregnant senang je, kali ini je macam ada lain sikit," katanya.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq dan Muhammad Aisy Al Jibreel.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: