07 December 2022

SITI SALEHA AKUI SEDANG KENAL HATI BUDI JOSHUA FITTON: "YANG PENTING DIA BELUM KAHWIN, TIADA ANAK"



"Ya betul dia adalah orang yang saya pernah katakan sebelum ini, kami sedang berkenalan dan mengenali antara satu sama lain," demikian kata pelakon Siti Saleha yang sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka berdarah kacukan sepertinya selepas 10 bulan bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar.


Terbaru, perkongsian Siti Saleha itu menjadI perhatian ramai apabila dilihat memuat naik foto bersama seorang jejaka tampan yang merupakan pereka fesyen ternama tempatan bernama Joshua Fitton.

Jelas Saleha, dia dan Joshua masih dalam tempoh perkenalan dan mengenal hati budi masing-masing.

"Apa pun dengan berkongsi gambar bersamanya, saya harap semua orang tidak melebih-lebih untuk fikir apa seterusnya kami perlu lakukan. Ini adalah tempoh berkawan untuk kami berdua," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Berkongsikan detik perkenalan mereka, Saleha berkata dia mengenali adik kepada jejaka itu terlebih dahulu kemudian baru mengenali Joshua. Dalam pada itu, Saleha turut berseloroh mengatakan apa yang paling penting jejaka itu merupakan seorang bujang dan tiada anak.

"Dia seorang pereka fesyen, saya pada mulanya hanya kenal adik dia, kemudian baru mengenalinya. Everything going ok. Semoga semua yang baik-baik sahaja. Apa yang penting dia belum kahwin dan tiada anak," tutur Saleha.

Untuk makluman, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.


________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: