07 December 2022

EMBRIO MATANG - ACHEY MOHON DOAKAN PROSES IVF ISTERI DIPERMUDAHKAN



Menerusi laman Instagram, pelawak Achey telah muat naik video dimana dia berkongsi perkembangan terbaru mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.


Dalam status tersebut, Achey yang juga seorang pelakon itu memaklumkan, isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan.

"Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba... memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya. Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat.

"Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat. Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial dan rakan artis yang mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar serta dipermudahkan Allah.

Pada Ogos lalu, Achey dan isterinya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.

Untuk makluman, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: