07 December 2022

DAH MASUK DISEMBER - RAMAI YANG TERTANYA-TANYA BILA MAJLIS KAHWIN AZRI ISKANDAR & AZRA



Pelakon Azri Iskandar sebelum ini mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera, sehingga ia hangat diperkatakan.


Sekitar Ogos lalu, Azri mengesahkan dia dan kekasihnya sudah pun bertunang pada Jun lalu, namun hubungan cinta pelakon itu masih misteri apatah lagi tidak pernah mendedahkan wajah kekasihnya kepada umum.

Jelas Azri, dia dan Azra bakal disatukan sebagai suami isteri pada hujung tahun ini dan sedang mengumpul duit kahwin. Dek kerana itu, ada pengguna laman sosial membangkitkan semula sama ada Azri benar-benar akan bernikah pada hujung tahun ini.

Ada pengguna laman sosial mengatakan, lama sangat 'pending' mengenai kisah bekas suami kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty itu sehingga ramai yang lupa untuk 'siasat'. 

Klik untuk gambar besar



Tidak kurang juga, ada yang menuduh Azri mempunyai masalah psikiatri serta berharap pelakon tersebut mendapatkan pertolongan daripada profesional.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan mungkin pasangan itu sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan serta ada yang mendakwa mungkin Azri sudah pun bernikah secara senyap-senyap.

Terdahulu, Azri memohon maaf kerana masih tidak boleh berkongsikan gambar pertunangannya atas permintaan keluarga Azra.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: