09 December 2022

TERUJA ADA 'KEMBAR' - SHUIB MAHU JEMPUT KE KONTI STUDIO



"Pada awalnya, saya kongsikan di Instagram Story sebab rasa ia adalah situasi unik apabila ada orang lain yang wajahnya mirip dengan saya. Tak pernah seumur hidup saya, terfikir bahawa saya akan berjumpa dengan orang yang wajahnya mirip dengan saya. Kemudian, saya muat naik ke 'feed' Instagram. Tak sampai 24 jam, dah ada lebih 1,000 komen dan satu daripadanya adalah komen isteri Khairul.


"Jadi, saya berhubung dengan isterinya menerusi DM dan seterusnya dapat berhubung dengannya," kata pelawak dan penyampai radio popular, Shuib Sepahtu yang teruja apabila dapat berhubung dengan 'kembar'nya iaitu Leftenan Komander Khairul Anuar yang juga anggota Malaysia Batalion (Malbatt) selepas dihubungi isteri Khairul menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

Shuib ketika dihubungi berkata, dia begitu teruja ketika pertama kali melihat gambar individu yang 'sebiji' wajahnya itu, selain memaklumkan Khairul berada di Malaysia dan berpangkalan di Lumut, Perak.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, Khairul juga memaklumkan akan bercuti ke Kuala Lumpur bersama keluarganya pada 12 hingga 14 Disember ini, sekali gus membolehkan dia menjemput 'kembarnya' itu untuk hadir ke konti stesen radio Suria FM.

"Kalau ada rezeki, saya nak jemput dia untuk hadir ke konti Suria FM dalam segmen Morning Morning Suria! dan menemubualnya mengenai kerjaya dan pengalamannya sebagai anggota Malbatt," ujarnya.

Menurutnya, jika Khairul bersetuju, ia akan menjadi ruang terbaik untuk pendengar Suria FM mendengar kisah pengalaman serta tugasannya sebagai anggota Malbatt.

Klik untuk gambar besar



"Mungkin ada yang tahu dan tak tahu mengenai tugas sebagai anggota Malbatt. Kalau dapat peluang untuk menemubualnya, tentunya kami dapat kongsikan informasi menarik dengan pendengar di samping mendengar kisah pengalamannya.

"Selain wajahnya yang mirip dengan saya, satu lagi yang menarik perhatian saya adalah kerjayanya sebagai anggota tentera itu sendiri. Bapa saya adalah seorang tentera, jadi apabila ada orang yang mirip dengan wajah saya, berkerjaya pula dalam bidang ketenteraan, saya rasa sangat berbangga," tuturnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, pihaknya berbesar hati untuk mempertemukan Shuib dan Khairul di konti stesen radio itu sekiranya mendapat persetujuan daripada Khairul.

"Pada awalnya, ada pengikut saya yang 'tag' saya dan Suria FM di Twitter, sekali gus saya pun ternampak kewujudan gambar itu. Kemudian, saya kongsikan ke dalam kumpulan WhatsApp keluarga Suria FM dan beritahu Shuib, bahawa ada individu miripnya.

"Selepas berbincang bersama Shuib dan pasukan kami, kami bersepakat untuk mencari Khairul dan Shuib pun kongsikan di Instagram. Kami di Suria FM terbuka untuk menjemput Khairul sekiranya dia sudi dan berkongsi pengalamannya dengan pendengar Suria FM," jelasnya.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: