09 December 2022

3 BULAN KAKI BERSIMEN, PERLU JALANI PEMBEDAHAN BELAKANG - SHIERA MOHON HULUR BANTUAN UNTUK ENOT



Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah menerusi muat naik di laman Instagram telah meluahkan rasa prihatin dengan keadaan pelakon Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah yang mengalami retak tempurung lutut dan kaki kanan patah selepas terjatuh dalam bilik air, baru-baru ini.


Menerusi muat naik tersebut, Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera memohon orang ramai membantu menghulurkan sumbangan bagi menampung kos rawatan pembedahan tulang belakang pelakon komedi itu.

"Kita buang tadi maybank terkejut baru 10 bank in serentak terus jam akaun tu. Siapa nak tolong Enot sekali lagi lepas sembahyang Jumaat ni silakan. Yeeee nak kata.. kata laa kami artis meminta.

"Kami oun tolong gak sikit.. sikit boleh laa menampung dia tabunh sia untuk 2.. 3 bulan ni. Tukar akaun pulak.. nak nolong tak dapat tadi. Kepada artis kalau baca 10 hinggit sorang pun ok," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



"Kalau nak tolong, silakan. Semua ada naik turunnya. Nak tolong besar pahala, InsyaAllah. Rakan artis terutamanya. Ada RM10 bank in la ke akaun Enot. Terima Kasih.

"Saya doakan semoga yang membaca hantaran ini dipermudahkan urusan dan dilindungi dari anasir jahat. Amin," kata Shiera pada hantaran terdahulu sebelum dibuang.

Dalam hantaran yang dikongsi oleh Shiera itu, Enot memberitahu bahawa dia terpaksa mendapatkan rawatan selepas tempurung lututnya didapati retak dan menjejaskan kemampuannya untuk melakukan pekerjaan.



"Salam mohon tolong hulurkan sedikit bantuan unutk saya untuk bertahan 3 bulan bersimen tempurung lutut retak dan patah serta akan dibedah untuk tulang belakang yang dah terlangar saraf..

"Berharap bantuan anda semua dapat meringankan beban saya sedikit.. Alliza Abdullah maybank 504124164563.. semoga Allah dapat membalas jasa baik anda semua.. Terima kasih atas pertolongan anda," katanya.

Pada Isnin lalu, Enot terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terjatuh di dalam bilik air dan mengakibatkan retak tulang tempurung dan patah kaki kanan.





________ IKLAN ________

JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. JOM BOOKING Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: