03 December 2022

UMUM HAMIL LIMA BULAN ANAK LELAKI - YANA ALYAHYA BAKAL BERGELAR IBU



"Selepas menunggu selama lima bulan, saya dan Jad Hanif (suami) teruja untuk mengumumkan bahawa kami bakal menimang cahaya mata lelaki. Terima kasih kepada semua yang sudah mengetahui dan merahsiakannya.


"Mohon doakan kami berdua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," itulah tulis pelakon filem 'Mukhsin' iaitu Yana Alyahya yang berkongsi berita gembira dimana dia kini hamil lima bulan dan bakal menimang cahaya mata sulung lelaki.

Selepas pengumuman kehamilan itu, Yana atau nama sebenarnya Sharifah Aryana Syed Zainal Rashdi Al-Yahya, 27, meminta orang ramai untuk berhenti memberikan nasihat berkaitan kehamilan. Ini kerana kata Yana, setiap individu mempunyai perjalanan kehamilan yang berbeza.

"Saya tahu ramai yang baik hati untuk berkongsi nasihat dan tip atau perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu hamil. Jangan risau saya mempunyai gynaecologist untuk memantau sepanjang kehamilan ini.

Klik untuk gambar besar



"Lagi pun setiap orang mempunyai perjalanan yang berbeza, jadi saya minta agar semua berhenti berkongsi nasihat," ujarnya yang berkongsi perkara itu menerusi Instastory.

Adik kepada pelakon Sharifah Aleya dan Sharifah Amani ini bagaimanapun berkata dia menghargai setiap nasihat yang diberikan oleh orang ramai. Malah sekiranya dia memerlukan pertanyaan mengenai kehamilan, dia sendiri tanpa segan silu akan bertanya kepada pengikutnya.

"Saya faham mungkin ramai yang mahu memastikan saya dalam keadaan yang baik, terima kasih saya ucapkan. Seandainya saya mempunyai sebarang persoalan, saya janji akan bertanya kepada anda," tuturnya.

Untuk makluman, Yana mendirikan rumah tangga bersama Jad Hanif Jimmy pada 15 Januari 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman keluarga pelakon berkenaan.








________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: