03 December 2022

DINIKAHKAN GUNA BAHASA ARAB - DA'I SYED KINI SAH SUAMI HANA ISMAIL



Kira-kira pukul 11.40 pagi Sabtu, pendakwah selebriti Da'i Syed dan pasangannya yang merupakan personaliti TV, Hana Ismail telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur.


Dalam majlis tersebut, Syed, 27, dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan yang disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Majid Ibnu Mas'ud Kuala Lumpur iaitu Mohd Nazri Yacob. Menariknya, pengantin lelaki dinikahkan menggunakan bahasa Arab.

Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah pihak itu menyaksikan Syed menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas gelang emas kepada pengantin perempuan. Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Sementara itu, Syed ketika ditemui telah meluahkan rasa syukur majlis berkenaan berjalan lancar selain tidak menyangka hari yang dinantikan menjadi kenyataan.

Klik untuk gambar besar



"Syukur semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada ahli keluarga yang banyak membantu dalam menguruskan perjalanan majlis. Memang berdebar menjelang hari pernikahan tetapi pastinya, saya amat gembira kerana kini sah bergelar suami," katanya.

Dalam pada itu, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dan isterinya akan diraikan dalam majlis kenduri yang akan diadakan di Shah Alam pada sebelah malam.

Terdahulu, Syed dan Hana mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di kediaman personaliti TV itu di Johor Bahru. Pasangan itu berkenalan ketika menghadiri sebuah majlis agama dan mengambil keputusan melangkah ke fasa seterusnya walaupun tempoh perkenalan mereka singkat.








________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: