03 December 2022

PARU-PARU BELUM CUKUP KUAT UNTUK BERNAFAS SENDIRI - NAD ZAINAL DITIDURKAN SEMULA



"Nad Zainal kena intubate (ditidurkan) semula. Ini adalah kerana paru-parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan menggunakan 'high flow oxygen mask' di ICU.


"Semalam jam 3 petang saya ziarah, dia sudah sedar dari 'sedation' (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan 'intubation as oxygen'. Disebabkan paras oksigen merosot, pihak hospital mengambil langkah meletakkan Nad dalam keadaan rehat supaya pernafasannya lebih terjaga.

"Ini kerana, oksigen mula merosot pada sebelah malam selepas alat bantuan pernafasan ditanggalkan," tulis pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, menerusi Instagram Story yang memaklumkan keadaan terkini pelakon Nad Zainal, 32, dimana dia ditidurkan semula kerana paru-parunya belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri.

Nad sebelum ini dilaporkan sudah mula sedarkan diri dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan sejak Khamis lalu. Malah, Nad dimaklumkan sudah memberikan maklum balas seperti bercakap perlahan dan bergerak.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Ungku Ismail memaklumkan tahap oksigen dalam darah Nad merosot selepas pihak hospital menanggalkan mesin alat penafasan yang disambungkan kepada pelakon itu.

Justeru, Ungku Ismail memohon pada semua peminat prihatin yang menyayangi Nad agar terus menitipkan doa meminta kesembuhan untuknya daripada Allah. Katanya, semoga Nad diberi keajaiban dipulihkan semula para-parunya seperti sedia kala.

Semalam, media melaporkan Nad sudah sedar dan mula memberikan maklum balas seperti bercakap perlahan dan bergerak. Malah, doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasannya.



Terdahulu, sekitar November lalu, Nad juga pelakon drama 'Cina Buta' dimasukkan ke ICU selepas tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Difahamkan juga, rakan penggiat seni turut menubuhkan tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu dan hingga kini berjaya mengutip RM70,000.

Tujuan kutipan dana itu dibuat adalah untuk menampung kos rawatan Nad sejak dia dirawat di ICU sebuah hospital swasta di ibu kota lebih seminggu lalu.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram pengarah terkenal, Shahrulezad meluahkan rasa bersyukur diatas sokongan yang diberikan peminat dan rakan artis selepas tabung kecemasan untuk membantu kos perubatan aktres Nad Zainal kini hampir mencecah kutipan sebanyak RM162,000, sejak ia dilancarkan empat hari lalu.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: