03 December 2022

KESAL DIPINGGIRKAN SEBAGAI KETUA - ZAF MINTA JANGAN GUNA LAGI NAMA VE, CUKUP 11 MINGGU DI GV9



"Sebagai orang yang menubuhkan VE, saya bertanggungjawab terhadap kumpulan ini, VE adalah VE. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi, cukup 11 minggu digunakan, adalah lebih baik bergerak ke hadapan sebagai kumpulan dan nama baru.


"Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturahim tidak terus keruh," tegas anggota kumpulan asal VE iaitu Zaf yang juga bertindak sebagai ketua sejak awal pertubuhan mereka dimana dia meminta tidak lagi menggunakan nama VE selepas ini, selepas selesai persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9)

Jelas Zaf, dia mengambil pendekatan untuk tidak bersuara sebelum ini kerana enggan menimbulkan sebarang salah faham atau kekecohan sepanjang GV9 berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Zaf dalam masa sama turut mendakwa dia tidak tahu apabila anggota baharu iaitu Fakhiz yang sepatutnya hanya mengggantikannya untuk GV9 diserap terus sebagai salah seorang anggota tetap.

"Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri.

Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan pengambilan ahli baharu.

"Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?" jelasnya.



Dalam GV9, VE dianggotai oleh Adeeb, Cham, Fahkiz dan Hakim. Salah faham antara mereka mula timbul apabila Zaf diketepikan oleh pihak pengurusan walaupun pada awalnya dia merupakan individu yang terlibat dalam perbincangan menyertai GV9.

"Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9. Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya. Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk pengambilan ahli baru," ujarnya.

Untuk makluman, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Lah dan Shahir. VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian dan Cham.



________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 NOVEMBER. JOM BOOKING DULU!! Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PayDay yang bermula 12 malam 25 November ini. Anda juga boleh masukkan dalam 'cart' (bakul) dulu pelbagai barangan mahal seperti handphone berharga RM849 yang dijual hanya RM25 sahaja.

Malah lebih banyak diskaun hebat disediakan termasuk hadiah mewah dan voucher berbaloi.

Untuk info, pelanggan baru juga boleh menggunakan voucher SHPFB25 (20 hingga 24 November)  atau SHPFB25 (25 November) bagi barangan percuma atau diskaun besar untuk pembelian pertama. 

Jom masukkan dalam 'cart' (booking) dulu, mana tahu tuah menyebelahi anda?








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: