"Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
"Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.
"Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja," ujar pelakon dan pengacara Diana Amir yang memaklumkan dia tekad untuk tidak lagi muncul di kaca televisyen selepas ini kerana mahu fokus pada dirinya serta mahu mencari agama.
Hampir 10 tahun berhijab, Diana yang dilihat sudah mula memakai niqab sejak awal tahun ini mendapat reaksi positif daripada netizen.
Klik untuk gambar besar
Kata Diana, teguran orang sekeliling mengenai penampilannya yang tidak menutup aurat sebelum ini membuatkan hatinya terdetik untuk berubah ke arah lebih baik.
"Mak mentua tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tetapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang. Apabila orang sekeliling tegur pemakaian saya, jadi masa itu saya mula tersentuh.
"Namun itulah sebabnya, akhirnya selepas tahun 2011, waktu saya nak berhijab, itulah satu benda yang tak dapat dibayangkan sebab saya pernah berfikir begitu dulu," tuturnya.
Menerusi temu bual bersama Neelofa baru-baru ini, Diana memberitahu dia sedar bahawa kematian sangat hampir dan ketika itu dia nekad untuk terus perbaiki diri.
"Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
"Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata. Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri," katanya.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment