21 January 2023

6 TAHUN PUTERI SARAH JADI SURI RUMAH: "MASA KAHWIN... SAYA KORBANKAN SEMUANYA, BUANG KARIER & FOKUS JAGA SUAMI & ANAK-ANAK"



Baru-baru ini, menerusi perkongsian bersama Noor Neelofa dalam siaran langsung, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia telah berkorban dengan meninggalkan kariernya demi untuk fokus menjadi suri rumah selepas bernikah dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.


"Masa nak kahwin, saya buang semua. Saya korbankan semuanya, memang saya buang karier saya semua dan fokus jadi suri rumah. Jadi suri rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Enam tahun tau saya jadi suri rumah," katanya.

Jelas Puteri Sarah, dia mengambil masa yang lama membuat keputusan untuk kembali bekerja, namun dia nekad untuk mempunyai kerjaya dan duit simpanan sendiri apabila sudah nampak 'masalah' tiba kerana risau apa-apa berlaku kepadanya.

Cerita Puteri Sarah lagi, segelintir pihak menyalahkannya (masalah rumah tangga) kerana sibuk bekerja, tetapi sebenarnya dia baru saja bermula untuk kembali bekerja selepas menyepi enam tahun.

Klik untuk gambar besar



"Sebenarnya, saya ambil masa lama sangat untuk buat keputusan itu sebab saya ditanggung oleh suami. Saya tak bekerja. Enam tahun saya duduk rumah, jaga suami dan jaga anak-anak. Saya tak kerja," tuturnya.

Perkongsian pelakon berusia 37 tahun itu mengundang rasa sebak ramai netizen yang menonton dan rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Puteri Sarah apabila dia mengatakan wanita perlu ada duit sendiri.

Malah, segelintir daripada mereka berkata, apa yang Puteri Sarah lalui itu adalah realiti sebenar ramai wanita lain turut rasakan.




________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: