21 January 2023

MIMI LANA SUDAH DIRISIK KELUARGA SYAFIQ KYLE



Keluarga kepada pelakon Syafiq Kyle hari ini telah pun merisik pelakon Mimi Lana dalam sebuah majlis ringkas. Hal tersebut dikongsikan oleh pengurus Mimi iaitu Iman Tang.


Iman ketika dihubungi Harian Metro berkata, majlis yang diadakan secara tertutup berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Bagaimanapun, Iman tidak dapat berkongsi butiran terperinci memandangkan dia tidak dapat bersama dalam acara merisik itu.

"Hari ini cuma acara merisik saja yang mana keluarga pihak lelaki merisik pihak perempuan seperti yang dikongsikan di Instagram Mimi dan Syafiq," jelasnya.

Dalam pada itu, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, menerusi laman Instagram miliknya turut berkongsi beberapa keping gambar dirinya menyarungkan cincin di jari manis kekasihnya itu.

Klik untuk gambar besar



"Counting days (menghitung hari). 1 2 3 actions (beserta emoji sebentuk cincin)," tulis Syafiq sebagai kapsyen foto berkenaan.

Sementara itu, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, juga memuat naik sekeping foto jari manisnya disarungkan sebentuk cincin.

"One step closer (semakin hampir), Insya-Allah. Alhamdulillah (beserta emoji sebentuk hati)," tulis Mimi pula.

Melihat pada ruangan komen pula, ramai dalam kalangan peminat termasuk rakan artis mula mengucapkan tahniah selain tidak sabat melihat pasangan ini disatukan sebagai suami isteri.



Sebelum ini, Syafiq memaklumkan tahun 2023 adalah tahun dirinya bakal menamatkan zaman bujang selain sudah menghadiri kursus kahwin.

"Insya-Allah dalam tahun ini juga cuma saya tidak berani sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya. Banyak lagi yang perlu diselesaikan kedua-dua belah pihak," tuturnya.

Untuk makluman, pasangan ini mula berkongsi mengenai hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019. Malah, Syafiq dan Mimi uga pernah dikatakan putus cinta sekitar bulan Mei 2020 selepas lima tahun bersama.

Namun begitu, hubungan mereka kembali bertaut selepas dilihat berkongsi gambar di media sosial.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: