21 January 2023

DILABEL PENYONDOL DEK BERGAMBAR DENGAN MK K-CLIQUE - INI RESPON PUTERI SARAH



Ramai peminat serta selebriti tanah air yang hadir ke konsert penyanyi terkenal dari Indonesia, Cakra Khan. Tidak ketinggalan, pelakon Puteri Sarah juga turut menghadiri konsert berkenaan bersama ibu serta pembantu peribadinya.


Menerusi laman Instagram, Puteri Sarah telah memuat naik gambarnya bersama penyanyi, MK K-Clique. Perkongsian gambar tersebut telah menarik perhatian.

Meninjau ke ruangan komen, ada yang berseloroh mengatakan mereka 'approve' melihat Puteri Sarah dan MK. Tidak kurang juga, ada yang menegur supaya Puteri Sarah menjaga batas apatah lagi statusnya yang masih lagi isteri orang.

Malah, ada yang mengecam pelakon itu kerana mengambil gambar dengan lelaki lain. Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa disebabkan itu suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mencari wanita lain.

Klik untuk gambar besar



Turut menjadi perhatian komen seorang netizen dipercayai akaun palsu melabel Puteri Sarah seorang penyondol. Enggan berdiam diri, Puteri Sarah dilihat telah tampil membalas komen fitnah tersebut dengan mengatakan ibunya, pembantu peribadi dan pengurusnya turut ada bersamanya.

"Kalau nak menyondol, dia tak tunjuk depan orang ramai kat konsert. Untuk pengetahuan, ibu saya ada di sebelah, pembantu peribadi saya, pengurus semua juga berada di sebelah. Sila cuba lagi," jawabnya.

Susulan kritikan dilemparkan, ada netizen mempertahankan aktres itu dengan mengatakan ramai artis wanita di luar sana masih berstatus isteri kongsi gambar bersama lelaki namun tidak pula ditegur.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: