22 January 2023

KELUARGA AIMAN TINO SUDAH MERISIK SYARAH HAIFA: "SEBAGAI IBU, SAYA RESTU..."



"Mereka belum bertunang lagi, hanya merisik dahulu," demikianlah jelas ibu penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil yang mengesahkan merisik teman wanita anaknya yang dikenali sebagai Syarah Haifa di kediaman keluarga gadis itu, semalam.


Bagaimanapun, Hazelina atau Riena tidak boleh berkongsi lanjut berikutan perkenalan Aiman dan teman wanitanya masih pada peringkat awal.

"Kami bertandang ke rumah sebelah perempuan, semalam. Tetapi saya tidak boleh komen lanjut sebab hubungan ini masih di peringkat baharu, takut tak jadi nanti. Namun, kita doakan yang baik-baik saja, Insya-Allah.

"Tetapi sebagai ibu, saya restu pilihan Aiman dan senang dengan perkara yang baik seperti ini. Kalau boleh, biarlah sampai ke jenjang pelamin... Insya-Allah. Buat masa ini, mereka masih dalam fasa saling mengenali," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambah Riena, Aiman dan teman wanitanya yang berusia 24 tahun itu berkenalan ketika menjalankan perniagaan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mereka buat perniagaan bersama ketika PKP. Aiman tiada 'job', jadi, dia berniaga dan dalam proses itulah mereka berkenalan. Alhamdulillah, mereka sebaya, jadi, mungkin disebabkan itu mudah serasi," katanya.

Sebelum ini, berita gembira itu dikongsi abang kepada teman wanita Aiman iaitu Farish Isa yang memuat naik beberapa hantaran video di laman Instagram (IG) miliknya.



Menerusi perkongsian Farish di IG, ibu Aiman dilihat menyarung cincin di jari manis Syarah sebagai tanda hasrat hati untuk menyunting wanita pilihan.

"Eh! Ada tetamu datang rumah kita la. Rupanya nak merisik bunga di taman," tulis Farish.

Dalam acara serba ringkas yang difahamkan berlangsung di Cheras, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Ku Rela Dibenci' itu dilihat turut hadir bersama ahli keluarga lain.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: