22 January 2023

"SIAPA SURUH JADI BINI NOMBOR DUA... SOLAT TAK PERNAH BERIMAMKAN SUAMI" - SHIKIN MAEMBONG AKUI HIDUP BERMADU BUKAN MUDAH



Menerusi video dikongsikan di TikTok baru-baru ini, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong telah berkongsikan pengalamannya hidup bermadu serta kehidupan sebagai isteri kedua.


Ujar Shikin, hidup bermadu tidak seindah yang disangka apatah lagi terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri tanpa suami di sisi, temasuklah mengerjakan solat.

Menurut Shikin lagi, sebagai isteri kedua dia perlu mengalah meskipun perkahwinannya itu mendapat keizinan dan direstui oleh isteri pertama. Katanya, tanggunggjawab sebagai isteri kedua adalah tidak mudah dan perkahwinan kongsi itu bukan sesuatu kelebihan.

Klik untuk gambar besar



"Siapa suruh jadi bini nombor dua. Kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) sorang-sorang. Birthday (sambutan hari jadi) sambut sorang-sorang dekat rumah, takde hadiah takde apa.

"Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir. Sakit pun sorang-sorang pandu kereta pergi hospital. Bercuti dengan anak dan adik-beradik je mampu.



"Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah. Solat tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai," kongsinya.

Untuk makluman, Shikin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama anak Chef Wan iaitu Chef Riz atau nama sebenarnya Nadzri Redzuawan pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan sehingga 2016. Kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.








________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: