22 January 2023

ZARINA ANJOULIE SELAMAT BERTUNANG DENGAN DATUK SERI KHAZRUL ELZEY



"Syukur Alhamdullilah untuk hari ini ..... thank you so much for today ❤️. Loving my new family ❤️," tulis pelakon Zarina Anjoulie yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Datuk Seri Khazrul Elzey, sekali gus mengakhiri spekulasi mereka sudah berkahwin secara rahsia.


Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju telah berkongsi beberapa foto sekitar majlis pertunangannya itu, hari ini. Zarina turut berkongsi klip video majlis yang berlangsung itu di TikTok.

"Finally, you are half mine. Thank you Allah for everything (Akhirnya, awak kini separuh menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segalanya)," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada foto serta video yang dimuat naik, Anju kelihatan sangat gembira sambil menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

Perkongsian Anju itu turut mendapat perhatian dari pengikutnya dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta mendoakan hubungan mereka akan ke jenjang pelamin.

Terdahulu, Anju dan kekasihnya itu kerap memuat naik video kemesraan mereka di TikTok dan Instagram sejak kebelakangan ini. Malah, panggilan mama papa antara mereka turut menimbulkan kemusykilan sama ada Zarina dan kekasihnya itu sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia.


















________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: