"Nak buat permit bukannya murah, apabila sudah jadi begini saya pula kena bayar penalti untuk batalkan permit. Jadi memang banyak duit yang dikeluarkan untuk dia.
"Gaji bulanannya sudah saya berikan sebanyak RM1,500 malah dua hari lalu dia minta advance sebab anak nak masuk sekolah. Saya beri sebab ingin membantu dan tahu kesusahan mereka.
"Kalau diikutkan RM12,000 saya rugi sebab duit permit pun belum pulang modal," itulah kata penerbit Datuk Ayu Puteh apabila dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM12,000 dek kerana pembantu rumahnya yang berasal dari Medan, Indonesia melarikan diri pada malam Sabtu.
Ayu ketika dihubungi memberitahu, dia juga sudah memberikan pendahuluan tiga bulan gaji kepada wanita berkenaan selepas memberi alasan memerlukan wang untuk membiayai keperluan persekolahan anak di sana.
Klik untuk gambar besar
Jelas Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 47, dia belum sempat untuk menyemak jika ada barang peribadinya yang hilang atau dibawa lari oleh wanita berkenaan.
Tidak tahu punca sebenar wanita yang dikenali sebagai Murni itu melarikan diri, Ayu cuba menghubungi kenalan pembantunya itu termasuk keluarga di Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
"Ketika kejadian saya berada di tingkat atas rumah sedang solat. Saya sedar dia hilang selepas melihat rakaman CCTV. Dia juga selongkar tempat saya simpan pasport miliknya dan membawanya lari.
"Tak tahulah kenapa dia lari sebab kami sekeluarga memberi layanan baik. Malah dia juga bekerja dengan elok semalam dan sempat buat kopi untuk saya.
"Saya rasa dia sudah rancang (larikan diri) sebab dari pukul 4 petang semalam sehingga pukul 6 dia asyik dengan telefon bimbitnya. Saya hubungi keluarga di Indonesia dan mereka juga tidak tahu di mana Murni berada," tuturnya.
Kesal dengan tindakan pembantu rumahnya itu, Ayu memberitahu bakal membuat laporan polis selepas tempoh 24 jam kehilangan pembantunya.
Sementara itu, Ayu berkata, kejadian itu turut memberi pengajaran kepadanya supaya tidak mudah percaya dengan orang baharu dikenali meskipun tinggal sebumbung.
"Dia baru bekerja dengan saya sejak tujuh bulan lalu. Tak sangka dia sanggup buat begini setelah saya beri kepercayaan kepadanya. Apa sahaja yang dia perlukan saya cuba bantu tanpa potong gaji.
"Sekarang ini semua urusan saya juga tergendala. Sepatutnya saya ke Sarawak pagi ini (Ahad) untuk penggambaran drama tapi terpaksa ditangguhkan sebab isu dia lari," ujarnya.
Ayu turut berkongsi kejadian tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan berkongsi gambar wanita tersebut selepas menyedari kejadian wanita berkenaan hilang sekitar pukul 8.30 malam.
"Pembantu rumah lari, Murniati dari Medan (Indonesia). Buat-buat buang sampah. 1 bungkusan sampah dan satu bungkusan bajunya. Pintar...
"Mohon polis atau kawan-kawan segera hubungi saya sekiranya ternampak pembantu ini. Siapa-siapa yang melindungi atau menyimpan atau membantu pelarian pembantu rumah saya ini, saya akan ambil tindakan.. Mohon Bantuan," tulis Ayu menerusi ruangan kapsyen di Instgaram.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment