22 January 2023

ISTERI SELAMAT BERSALIN - SAHARUL RIDZWAN TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN



"Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT," demikian tulis pelakon Saharul Ridzwan yang mengucapkan kata-kata syukur selepas isterinya, Deena Emir selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka yang merupakan bayi perempuan.


Saharul yang berkongsi berita gembira tersebut dalam hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya itu belum mendedahkan wajah anak perempuannya ketika ini.

Dalam hantaran tersebut, ia turut disertakan dengan video pendek yang memaparkan Saharul sedang memangku anak perempuannya yang baru dilahirkan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, menerusi video pendek di ruangan Insta Stories pula, Saharul telah merakamkan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan isterinya.

Sebagai tanda terima kasih, Saharul juga turut mendoakan agar urusan ibu bapa yang berusaha untuk memiliki cahaya mata juga dipermudahkan.

"Alhamdulillah saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri saya dan juga anak saya. Allah anugerahkan seorang lagi puteri dalam kehidupan saya. Doakan juga semoga Allah melindungi puteri-puteri saya di dunia dan akhirat.



"Sentiasa Allah limpahkan rahmat dan nikmat agama dalam setiap hati anak-anak saya. InsyaAllah. Saya juga doakan tuan puan yang mungkin lagi ikhtiar untuk dapatkan zuriat, insyaAllah banyak-banyakkan doa, pasti Allah berikan yang terbaik untuk kita," ucapnya.

Untuk amkluman, Saharul dan Deena atau nama sebenarnya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lain iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahara, 3.






________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: