22 January 2023

"SEMUANYA HARUS IKUT PROSEDUR.... KAMI TAKUT ORANG ANGGAP KAMI HANYA 'GEBANG'..." - AERIL & WAWA JELAS SEBAB PROJEK BINA MASJID TERTANGGUH



"Saya nak jawab pasal bina masjid ini pun segan sebab perancangannya terlalu lama. Kami takut orang anggap kami hanya 'gebang', tapi bukan kuasa kami sebenarnya. Semuanya harus mengikut prosedur.


"Kami dah lama nak bina masjid. Tapi prosedur nak bina masjid di Johor saya difahamkan berbeza dan agak rumit. Kami memang sudah sedia dengan kos kewangan untuk pembinaan masjid itu.

"Sebenarnya, kami boleh sahaja nak teruskan tanpa ikut prosedur tetapi ia tidak akan mendapat 'gelaran' masjid. Mungkin ia akan menjadi surau," jelas Aeril Zafrel yang turut diakui isterinya, Wawa Zainal ketika mengulas mengenai perkembangan pembinaan masjid yang diimpikan mereka dimana ia masih belum berjalan.

Pernah menyuarakan hasrat untuk membina sebuah masjid di tanah kelahirannya di Rengit, Johor sebelum ini, Aeril bagaimanapun reda dengan prosedur pembinaan yang mengambil masa lama.

Klik untuk gambar besar



Pasangan pelakon dan usahawan ini mula berhasrat untuk membina masjid sejak Julai 2020, selain dana pembinaannya yang bernilai jutaan ringgit adalah hasil keuntungan koleksi Muslim Bukhari yang dikeluarkan oleh Wawa Cosmetics.

Dalam masa sama, Aeril rasa kesal apabila pertemuan mereka dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah dipolitikkan sesetengah pihak, baru-baru ini.

"Saya berjumpa dengan beliau kerana dia merupakan wakil untuk kawasan terbabit. Tak kisahlah parti mana yang menang pun di kawasan sana, kita kena berjumpa juga sebagai rasa hormat.



"Bila ia dipolitikkan, saya rasa tak perlu sebab kami bukan meminta bantuan duit mana-mana parti. Lainlah kalau kami jumpa mana-mana wakil rakyat dan meminta dana atau sumbangan, itu lain pula ceritanya.

"Proses pembinaan masjid semuanya belum bermula. Saya berharap selepas saya berjumpa dengan wakil rakyat itu, proses perjalanan membina masjid dipermudahkan.

"Saya kesal ia dipolitikkan tapi saya tak nak terlalu memikirkannya. Kalau kita terlalu ambil serius pun, ia tak akan habis. Apa yang saya boleh buat adalah jalan terus sahaja. Sekarang menanti proses kelulusan, jika ia dipermudahkan, Insya-Allah projek itu akan terus berjalan," kata Aeril.



________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY 🔥 mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa. 🤩 










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: