28 January 2023

ADAM SHAHZ DAKWA HAMPIR 3 BULAN TAK JUMPA ANAK: "SAYA SENDIRI PUN TAK TAHU MANA ANAK SAYA SEKARANG... ADA CAKAP MASUK ASRAMA"



Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kelmarin, pelakon Adam Shahz dan bekas isterinya, Fatin Afeefa telah gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.


Berikutan dihalang oleh bekas isterinya, Adam mendakwa hampir tiga bulan dia tidak dapat berjumpa anak perempuannya dan dia juga tidak tahu dimana anaknya berada sekarang. Bukan itu sahaja, malah Fatin dan juga bekas ibu mentuanya telah menyekat nombor telefonnya.

"Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya masuk asrama. Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah sana (Fatin) dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya. Jadi saya tidak boleh berhubung dengan mereka," ujarnya.

Menurut Adam, ada sumber memberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke sebuah sekolah asrama tanpa pengetahuannya.

"Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu," katanya.

Klik untuk gambar besar



Tambahnya lagi, sebelum ini dia boleh berjumpa anaknya sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada hari Sabtu dan Ahad namun kesal apabila kini sudah langsung tidak boleh berjumpa anaknya itu lagi.

"Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.

"Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja," tuturnya

Dalam pada itu, Adam turut menjelaskan dia membawa perkara itu ke mahkamah kerana mahukan haknya sebagai seorang bapa bukan untuk bermusuhan.

"Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.

"Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak," katanya.

Untuk makluman, perkahwinan Adam dan Fatin yang berlangsung pada 21 Disember 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum mereka bercerai sekitar Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 8. Selain itu, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 11.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: