Ketika ini sedang tular (viral) klip rakaman video yang dikongsikan semula oleh netizen dimana seorang lelaki berani membalas kritikan dengan penyanyi dangdut, Mas Idayu semasa sesi uji bakat Mentor Legend 2014.
Lelaki bernama Muhammad Erdy Sofian, 31, yang kini bekerja sebagai penjual kereta itu berkata, dia tidak sangka klip rakaman tersebut kembali menjadi tular di media sosial.
Mengulas mengenai kontroversi terbaharu Mas Idayu, Sofian berpendapat seseorang juri tidak perlu memarahi peserta, sebaliknya menegur dengan cara yang sesuai. Dalam pada itu, Sofian mencadangkan kepada juri untuk mengambil wuduk terlebih dahulu supaya tidak dihasut syaitan.
"Saya tak tuju mana-mana pihak... sesiapa sahaja bila jadi juri sekurangnya kalau nak menegur tu biar bertempat. Tak perlu jerit-jerit tak perlu marah-marah dan saya nasihatkan kalau boleh sebelum jadi juri tu ambil wuduk dululah. Supaya tak ikut hasutan-hasutan syaitan," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Ditanya apakah dia trauma menyertai menyertai mana-mana uji bakat nyanyian, Sofian akui tidak menyimpan rasa benci terhadap penyanyi dangdut itu gara-gara insiden sembilan tahun lalu.
"Uji bakat di kenduri kahwin adalah, tak jadi penyanyi pun takpe. Alhamdulillah dengan rezeki (kerja) sekarang. Nyanyian sekadar suka-suka sahaja.
"Kalau berjumpa dengan Mas Idayu, takkan nak buat muka. Sekurang-kurangnya melemparkan senyuman. Apa yang jadi, biarkan berlalu. Kita move on," katanya.
________ IKLAN ________
JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.
Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!
Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment