27 January 2023

PEMBANTU RUMAH AYU PUTEH HILANG BERJAYA DIJEJAKI - RUPANYA ADA KAITAN SINDIKET 'JUAL' PEKERJA ASING



"Ada seorang pengikut di Instagram maklumkan wajah pembantu rumah yang mahu diambil bekerja sama seperti gambar saya kongsikan. Dia juga dapat tahu pembantu rumah saya lari menerusi kenyataan sebelum ini.


"Berdasarkan maklumat tersebut saya terus membuat laporan polis pada Isnin lalu dan hasil siasatan serta serbuan pihak berkuasa, dalang di sebalik sindiket menjual pembantu rumah ini telah ditahan."

Demikianlah jelas penerbit Datuk Ayu Puteh yang memaklumkan pembantu rumahnya yang hilang sejak Ahad lalu dek kerana melarikan diri itu berjaya dijejaki selepas laporan berita mengenai perkara itu disiarkan.

Menurut Ayu, seorang pengikut di laman Instagram berjaya mengesan dan menghubunginya bagi memaklumkan mengenai keberadaan wanita berkenaan. Kata Ayu, dia tidak menolak kehilangan pembantu rumahnya itu dipercayai berkaitan dengan sindiket pemerdagangan manusia.

Ujarnya lagi, serbuan dan tangkapan dibuat pada pagi Selasa lalu di sebuah kediaman di Klang, Selangor selepas siasatan dilakukan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya.

Klik untuk gambar besar



Hasil serbuan itu mendapati ejen yang terlibat merupakan warganegara Malaysia dan turut bekerjasama dengan seorang warga Indonesia.

Kata Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 47, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Murni itu dipercayai sudah lama berhubung dengan ejen tersebut kerana sering dilihat menggunakan telefon bimbit.

"Mereka ini adalah sindiket jual maid yang lari dari majikan asal. Bukan ejen tersebut sahaja yang dapat untung malah pekerja asing itu juga mendapat faedah dari cara sebegini.

"Selama ini saya ingatkan dia asyik telefon sebab berhubung dengan keluarga, rupa-rupanya dia cari ejen sebegini dan rancang hendak lari. Dia tak tahu kuasa viral, lagi-lagi saya selebriti pasti cepat benda begini tersebar," tuturnya.

Berang dengan kejadian yang berlaku, Ayu berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap isu ini agar ia tidak terus berleluasa.

Ini kerana kata Ayu, jika dibiarkan perkara berlarutan, pihak majikan terpaksa menangung kos kerugian tinggi bagi menyiapkan permit kerja pembantu rumah baharu selain membayar penalti akibat kejadian tersebut.

"Biasanya pembantu rumah ini lari dengan ada pasport mereka. Jadi mudah untuk mohon permit bekerja. Kalau isu ini berlarutan saya takut ramai lagi jadi mangsa.

"Sebagai majikan pula saya telah menanggung kerugian besar sebab sejak awal permohonan permit memerlukan kos tinggi selain telah membayar gajinya untuk beberapa bulan," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: