27 January 2023

DERITA PELBAGAI PENYAKIT TERMASUK LUMPUH - SAHABAT & KARYAWAN BERGABUNG BANTU ISKANDAR SPRING



"Bagi pihak suami memang sangat membantu dari segi bantuan harian macam lampin pakai buang dewasa, tisu basah, losen dan balm panas yang sentiasa digunakan kerana dia sentiasa rasa lenguh akibat strok.


"Setiap hari saya dan anak-anak kena urut dia. Sebab dia lenguh dan tak selesa. Kulitnya pun selalu menggelupas sebab kadang kering dan kadang okey. Itulah sebabnya kena ada bedak dan losen walaupun pergi ke mana-mana.

"Selain itu suami juga kena jalani dialisis empat kali sehari dibuat oleh saya sendiri di rumah. Kena fokus betul-betul agar tak berlaku sebarang kesilapan.

"Terima kasih tak terucap. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan insan-insan berhati mulia yang sanggup bantu kami sampai begini sekali.

Klik untuk gambar besar



"Kami pun tak sangka kerana sebelum ini Umarul (Iklim) ada beritahu suami (Iskandar) untuk bantu tapi dia tak bersetuju kerana tak nak susahkan orang

"Syukur Alhamdulillah idea mengadakan jelajah amal ini mendapat sambutan baik malah ramai sudi membantu dan menyalurkan sumbangan. Insya Allah dengan niat dan tujuan yang baik ini akan dapat membantu mengumpul dana buat Iskandar."

Itulah kata Nur Hidayah Cecilia Abdullah yang berkongsi keadaan suaminya yang merupakan pemain gitar kumpulan Spring, Iskandar yang kini dalam keadaan lumpuh akibat menderita pelbagai penyakit kronik.

Malah, Iskandar atau nama penuhnya, Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail juga sukar bertutur dan dalam masa sama menjalani dialisis akibat komplikasi buah pinggang.



Nur Hidayah atau CC berkata, mereka bagaimanapun terkejut kerana hasrat Umarul diteruskan dan menyifatkan ia sangat membantu pada masa sekarang.

Semalam, Ameng, Umarul dan beberapa artis lain bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) menggerakkan program jelajah amal, Solidariti Untuk Iskandar Spring di seluruh negara.

Siri jelajah itu bertujuan mengutip dana sekitar RM40,000 untuk menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun buat Iskandar, yang mana purata jumlah diperlukan setiap bulan sebanyak RM3,000.

Ameng berkata, dia dan Umarul yang juga bekas pemain gitar Iklim berkata, merasakan tanggungjawab untuk membantu sahabat yang banyak berkongsi pahit manis sepanjang perjalanan membangunkan Spring dan Iklim.



"Asalnya, saya menawarkan diri menjadi penyanyi kumpulan Iklim, yang mana kalau ada 'show' saya boleh nyanyi. Tetapi, ini adalah cerita tiga tahun lalu. Sehinggalah Umarul memaklumkan setuju untuk bekerjasama. Saya mencadangkan tubuh kumpulan baharu di mana Umarul sebagai pemuzik dinamakan Aura Band.

"Kami rancang nak keluarkan satu single, tetapi nak memulakannya, apatah lagi, meraih populariti akan mengambil masa. Jadi, sebagai permulaan, kami cadang mengadakan busking. Namun kami mendapat tahu Iskandar sedang sakit ketika perancangan sedang diatur.

"Dari niat nak berhibur dan mengubat rindu peminat Spring dan Iklim, kami cadang untuk mengadakan siri jelajah amal untuk mengutip sumbangan buat Iskandar yang amat memerlukan," jelas Ameng.

"Syukur Alhamdulillah idea mengadakan jelajah amal ini mendapat sambutan baik malah ramai sudi membantu dan menyalurkan sumbangan. Insya Allah dengan niat dan tujuan yang baik ini akan dapat membantu mengumpul dana buat Iskandar," kata Umarul pula.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: