27 January 2023

TERKEJUT FOTO BERSAMA SISSY IMANN TIADA DALAM POSTER FAMILI DUO - NAIM DANIEL AKUI BELUM ADA KATA PUTUS



"Saya pun baru tahu tiada nama kami dalam poster tersebut. Entahlah! Rasanya semua okey sahaja. Tunggu sahajalah nanti. Saya juga harap peminat dapat doakan urusan kami berjalan lancar.


"Sekarang ini masih lagi dalam proses menguruskan beberapa perkara. Tengoklah bagaimana nanti... belum dapat kata putus lagi untuk minggu ini. InsyaAllah kami akan muncul.

"Sepatutnya pada malam Ahad selepas selesai konsert kami sudah berikan lagu untuk minggu seterusnya, namun kali ini lagu pun belum ada," ujar penyanyi dan pelakon Naim Daniel berhubung ketiadaan fotonya bersama sepupunya, penyanyi Sissy Imann yang tiada di posterdi poster Famili Duo minggu ketujuh yang bakal berlangsung Ahad ini.

Terkejut akan hal tersebut yang turut mengundang pertanyaan penonton, Naim, 26, meminta peminat terus bersabar dan mendoakan agar mereka dapat meneruskan saingan dalam program berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Naim memberitahu, dia dan Sissy masih belum membuat keputusan mengenai penyertaan mereka dalam konsert mingguan pada Ahad ini, memandangkan masih belum membuat persiapan dan kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

Berkongsi perkembangan terkini, Naim berkata Sissy masih belum bersedia untuk menjawab persoalan dari mana-mana pihak susulan insiden menangis di atas pentas akibat komen pedas daripada juri Mas Idayu.

"Saya sentiasa berhubung dengan Sissy dan sekarang ini dia masih lagi dalam proses untuk bangkit selepas apa yang berlaku. Dia juga belum bersedia untuk bercakap dengan sesiapa.

"Ramai yang memberikan reaksi berbeza dengan apa yang telah terjadi. Kami terima baik semua komen tersebut dan dijadikan semangat untuk teruskan perjuangan dalam kerjaya ini," katanya.

Pada minggu keenam konsert Famili Duo, Mas Idayu memberikan komen pedas terhadap nyanyian Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi dalam versi keroncong yang dikatakan tidak sedap dan terlalu keras.

Terkesan dengan kata-kata tersebut, Sissy tidak dapat menahan air mata ketika di atas pentas dan terus meninggalkan dewan selepas tamat persembahan.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: