27 January 2023

"ITU HANYA FIRASAT SAYA SAHAJA... SAYA 'DIPANCING' OLEH NETIZEN" - TEGAR AKUI TIADA BUKTI KUKUH TUDUH BEKAS ISTERI HAMIL ANAK ORANG LAIN



Penyanyi Tegar Septian sebelum ini telah mendakwa kononnya anak hasil pernikahannya dengan bekas isteri iaitu Sarah Sheilka bukan darah dagingnya sendiri.


Terkini, Tegar yang popular menerusi lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' itu membuat pengakuan bahawa dia tidak mempunyai bukti kukuh atas dakwaan tersebut.

Sebaliknya kata Tegar, dia mendedahkan hal tersebut sebelum ini ketika sesi siaran langsung di laman TikTok hanya mengikut naluri sendiri dan atas desakan netizen.

"Itu hanya firasat saya sahaja. Saya tidak tahu bagiamana hendak jelaskan kerana terlalu peribadi. Saya 'dipancing' oleh netizen," kata Tegar yang menjelaskan hal tersebut ketika tampil menjadi tetamu dalam sebuah program bual bicara di Indonesia.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun kata bekas peserta Big Stage 2022 ini, dia terbuka untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mendapatkan kepastian tersebut.

"Kalau mahu lakukan ujian DNA saya tidak ada masalah. Jika benar itu anak saya, Alhamdulillah. Saya hanya perlukan kepastian," jelasnya.

Isu antara Tegar dan Sarah sering kali mendapat perhatian selepas dia sendiri mengeluarkan kenyataan putar belit selepas mengumumkan mereka bercerai pada Jun 2022.

Untuk makluman, asangan ini mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan memiliki seorang anak lelaki bernama Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia tiga tahun.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: