27 January 2023

PUNCA JARANG KELUAR BERTEMU ORANG - NAZREY JOHARI DEDAH DERITA PENYAKIT PSORIASIS SEJAK 17 TAHUN LALU



"Saya sebenarnya masih kurang sihat, saya tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk. Saya ada masalah kesihatan dari segi psorasis (penyakit kulit). Sebenarnya penyakit yang saya hidap ini sejak saya keluar daripada Raihan iaitu tahun 2006.


"Ada masa ia akan teruk... untuk sekarang ini ia turun sikit-sikit, itu yang saya gagahkan diri untuk ke Kuala Lumpur," demikian kata bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani yang mendedahkan bahawa dirinya menderita penyakit psoriasis sejak 17 tahun lalu membuatkan dia jarang bertemu dengan orang ramai.

Jelas Nazrey, 51, disebabkan penyakitnya itu dia tidak mampu bertahan lama dalam keadaan cuaca panas mahupun sejuk sekali gus membuatnya rasa tidak sedap badan.

Terlihat pucat ketika itu berkata suhu rendah membuatkan dia terlihat seakan-akan tidak sihat kerana menahan kesejukkan penghawa dingin.

Pun begitu, Nazrey menganggap bahawa ini semua ujian Allah SWT yang diberikan kepadanya ketika melakukan dakwah dan mencari dana untuk pembangunan madrasahnya.

Klik untuk gambar besar



"Penghawa dingin macam ini saya tak tahan. Saya sekarang ini mungkin nampak pucat sikit sebab menahan sejuk sahaja... nampak pucat sikit sebab saya tahu saya belum sihat sepenuhnya.

"Doktor kata psoriasis yang boleh disebabkan tekanan. Apa pun ini ujian Allah kepada saya untuk meneruskan kerja-kerja dakwah, mencari dana, dan menguruskan madrasah. Ada masa saya mampu berjumpa dengan orang ada masa tidak mampu kerana kesihatan saya ini," tuturnya lagi.

Dalam pada itu, Nazrey memberitahu, dia gagahkan diri untuk terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur bagi jemputan daripada rakan-rakan nasyid, meskipun kesihatannya dalam keadaan tidak menentu.

"Jemputan untuk konsert Saujana ini adalah yang saya usahakan untuk mampu menunaikan, banyak jemputan lain sebenarnya. Saya tak dapat nak jayakan tapi Alhamdulillah berbeza dengan jemputan kawan-kawan dan sahabat seperjuangan saya ini. Kalau rasa tidak sihat pun, kena usaha untuk sihat," ujarnya lagi.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: