27 January 2023

AHLI KELUARGA ISTERI PERTAMA DATUK ZAINAL ABDIN HASSAN TEGASKAN IBU TIADA PENGGANTI: "PENYONDOL TAK PATUT HIDUP BAHAGIA..."



Semua sedia maklum mengenai perkahwinan bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat yang sebelum ini hangat diperkatakan.


Pihak keluarga isteri pertama hanya mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan di media sosial. Sehinggalah baru-baru ini, kecoh apabila kedua-dua isteri jurulatih bola sepak itu dilaporkan bergaduh di sebuah restoran mamak di Shah Alam.

Isteri pertama Zainal didakwa telah menyerang Fyna selepas didakwa terasa tersindir dengan kenyataan madunya dalam program Famili Duo baru-baru ini.

Susulan itu, ahli keluarga kepada Datin Zalina telah memuat naik perkongsian dimana mereka memberikan sokongan terhadap wanita itu.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, anak pasangan itu, Zaifiq Zainal dilihat memuat naik gambar mesra bersama adik-beradik lain dan ibu mereka: "Biar gambar ini berbicara dengan sendirinya," ujarnya yang secara ringkas di ruangan kapsyen hantaran dibuat di laman sosial miliknya.

Terbaru, Zaifiq atau nama penuhnya Muhammad Zaifiq Abidin turut berkongsi beberapa ungkapan yang seolah-olah memberi bayangan tentang kekecewaannya terhadap bapanya yang berkahwin dua iaitu dengan Fyna.

Dalam hantaran tersebut, Zaifiq menyifatkan sesuatu kesilapan itu berlaku secara tidak sengaja namun perbuatan menipu atau berbohong adalah satu pilihan.



"Kesilapan adalah sesuatu yang berlaku secara tidak sengaja. Menipu dan berbohong bukan kebetulan, mereka ada pilihan," kongsinya.

Sementara itu, anak bongsu Zainal iaitu Zahira Aisyah pula memuat naik sebuah video yang menegaskan bahawa tiada siapa yang layak menggantikan tempat ibu mereka.

"Tiada siapa yang dapat menandingi awak, tiada siapa yang boleh menggantikan awak. Saya sayang awak selamanya mama saya yang cantik dan kuat," katanya.



Dalam pada itu, anak saudara Zalina juga turut meluahkan rasa kecewa apabila ibu saudaranya itu diduakan selepas berkorban 38 tahun untuk keluarga tersayang. Selain itu, dia mengatakan bahawa penyondol tidak akan hidup bahagia.

"Awak tak layak dilayan seperti ini Mak Long. Awak layak mendapat kebahagiaan di dunia ini. 38 tahun awak sudah berbakti seluruh hidup awak untuk keluarga ini yang awak dapat? Penyondol tak patut hidup bahagia dekat dunia ini," tulisnya.

Terdahulu, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, Fyna bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: