27 January 2023

SUAMI FATIN AFEEFA PERLI ADAM SHAHZ DI MAHKAMAH? : "GUNALAH AKAL ANDA SEOLAH NYAWA ANDA BERGANTUNG KEPADANYA"



Pelakon Adam Shahz dan bekas isteri, Fatin Afeefa semalam dilihat telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi perbicaraan menuntut hak penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.


Difahamkan, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, turut ditemani oleh suaminya iaitu Aliff Awang dan juga pengawal peribadi ke mahkamah.

Perbicaraan tersebut diadakan ekoran Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dikatakan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Klik untuk gambar besar



Disebabkan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Namun, apa yang lebih menjadi perhatian apabila suami Fatin dlihat ada memuat naik video membaca satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah.

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya," kata Aliff yang berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Khamis.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Aliff membaca petikan berkenaan sebelum kamera telefonnya dihalakan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu.



Video tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian Aliff yang dikatakan memerli bekas suami isterinya itu dan tidak kurang ada menganggap tindakannya itu bersikap kebudak-budakkan.

"Berani dia gula-gulakan member depan mata. Bang kuat sikit cakap dia tak dengar itu." - "Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ini. Tak takut ke?

"Padu! suami macam ini bagus. Bukan sorok belakang bini terang-terang dia perli." - "Over! Macam budak-budak," antara komen-komen netizen.

Dalam pada itu, Aliff turut membalas beberapa komen dari pengikutnya yang menunjukkan dia tidak gentar dengan tindakannya itu.

"Aku tak takut dengan mamat ini? Apa dia nak buat? Okay lah, hiburan. Dia boleh... takkan kita tak boleh," ujarnya.

Terdahulu, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan sseorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia kini berusia 8 tahun.

Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin yang juga mempunyai anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 11, itu berkahwin dengan Aliff dalam sebuah majlis tertutup.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: