27 January 2023

UMUM ISTERI KINI HAMIL 5 BULAN - SYAFIQ FARHAIN BERDEBAR MENANTI KELAHIRAN ANAK SULUNG, MOHON DOA



Penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain telah berkongsi berita gembira dimana isterinya kini sedang hamil lima bulan. Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, berkata, perasaannya berdebar-debar menanti kelahiran anak sulung mereka.


"Ya... isteri saya hamil lima bulan. Saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat. Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan.

"Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang saya kena buat nanti. Kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia untuk menempuhinya.

Klik untuk gambar besar



"Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya, katanya ketika ditemui pada sidang media Solidariti Untuk Iskandar Spring di sebuah pusat membeli-belah hari ini," tuturnya.

Untuk makluman, Syafiq berkahwin dengan Alia Nadia, 29, yang juga pengurusnya pada 10 Oktober 2021.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: