27 January 2023

"HATI INI MASIH LAGI TERLUKA" - ISTERI NAFI JUAL MAHAL ATAU TAK HARGAI USAHA SHUK



"Walaupun kami masih lagi bersama atau tidak, saya berharap anda semua dapat memberikan sokongan walau apa jua keputusan yang kami ambil. Bukan kerana saya jual mahal atau tidak menghargai usaha Shuk, cuma sudah banyak yang berlaku. Hati ini masih lagi terluka.


"Sudah banyak kali sebenarnya soalan ini diajukan, tetapi saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat lagi," itulah jelas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi sesi live di TikTok.

Memetik Harian Metro, Sera berkata, dia belum dapat memberikan jawapan sama ada untuk kembali bersama dengan suaminya itu atau pun memilih untuk berpisah.

Baru-baru ini, Shuk ada berkongsikan video menunaikan umrah bersama isterinya. Shuk memberitahu, umrah kali ini sangat istimewa kerana dapat bersama Sera.

Klik untuk gambar besar



Pada November tahun lalu, Sera mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak itu didakwa curang.

Kemelut rumah tangga Sera dan Shuk belum menemui titik noktah walaupun berdepan pelbagai kontroversi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6; dan Nur Assyifatu Aimi, 3.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: