27 January 2023

"MASIH LAGI MENGATA MENGENAI BENTUK HIDUNG SAYA... SAYA YANG SAKIT AWAK KE YANG RASA SAKITNYA?" - ZARINA ZAINUDDIN



"Saya masih lagi membaca mesej yang mengata mengenai bentuk hidung saya . Ada yang kata tidak cantik pun bentuk hidung saya ini. Tak mancung dan sebagainya.


"Menerusi perkongsian sebelum ini saya sudah menjelaskan saya menjalani pembedahan kerana masalah sinus dan migrain teruk, mereka yang cakap itu dan ini.

"Mereka kata wajah saya sudah tidak secantik dulu dan tak suka hendak tengok. Kalau rasa sudah tidak suka sudah! Saya yang sakit awak ke yang rasa sakitnya?

Klik untuk gambar besar



"Saya terpaksa sekat mereka yang saya rasa tak perlu tengok saya kerana membuatkan saya sakit hati. Saya bukan budak-budak hendak bergaduh dengan orang. Lebih baik saya jaga keluarga saya," ujar pelakon Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya.

Terkesan dengan kata-kata cacian yang dilemparkan segelintir netizen mengenai bentuk hidung selepas menjalani pembedahan kerana masalah sinus dan migrain teruk, Zarina berkata, dia terpaksa menyekat individu tersebut di media sosial.

Disebabkan bentuk hidungnya kelihatan berbeza, pengikut di Instagram tertanya-tanya dan meninggalkan pelbagai komen 'menuduh' ibu kepada empat anak itu membuat pembedahan membetulkan hidung.



Dek kerana itu, Zarina telah meminta mereka yang tidak tahu masalah dan keadaan sebenar dihadapinya supaya tidak memberi komen sesuka hati.

Perubahan hidung pelakon drama 'Teduhan Kasih' itu mula menjadi perhatian ketika Zarina mempromosikan festival makanan di Singapura, awal Januari lalu.

Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video memaklumkan sudah berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk membuang bendalir di hidungnya itu.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: