26 January 2023

BERANGKAT KE TANAH SUCI TUNAI UMRAH, PUTERI SARAH MOHON DOA - IRA KAZAR MUAT NAIK VIDEO BAKAR MARSHMALLOW



"Doakan Sarah & anak2 ya 🤍. Bye semua 👋🏻," itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana dimana hari ini dia berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah buat kali kedua bersama dua cahaya matanya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.


Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Puteri memuat naik foto dirinya yang dilihat tampil serba putih bersama anak-anaknya di lapangan terbang KLIA.

Manakal adi di Insta Story hanya ibu bapa serta adik beradiknya yang dilihat mengiringi Puteri Sarah berangkat ke Tanah Suci. Ramai tertanya-tanya apabila tidak kelihatan kelibat suaminya, Syamsul Yusof.

Sementara itu, menerusi TikTok ada satu video dimuat naik oleh seorang pengguna memaparkan suasana di lapangan terbang kelihatan Sumayyah dan Syaikhul sedang menunggu untuk berlepas.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, air muka anak bongsu Puteri Sarah iaitu Sumayyah menjadi perhatian ramai apabila kelihatan sayu seolah sedang memikirkan sesuatu atau mungkin seperti mencari 'sesuatu'.

Rata-rata netizen mengatakan Sumayyah mungkin sedang mencari kelibat bapanya sebelum dia bersama abang dan ibunya berangkat ke Tanah Suci.

Sementara itu, menerusi muat naik di Instagram isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, perkongsiannya itu menjadi perhatian apabila isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar dilihat ada memuat naik video sedang membakar marshmallow bersama seseorang.



Video Ira itu turut dimuat naik semula seorang pengguna TikTok. Diruangan komen perkongsian itu, ada netizen mendakwa Ira seolah membuat provikasi secara halus terhadap Puteri Sarah.

Dalam pada itu, netizen turut mendoakan buat Puteri Sarah serta mengatakan bahawa kifarah itu ada. Tidak kurang juga, ada yang menyindir kononnya tenang sedangkan tidak diterima oleh ibu mertua.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Puteri Sarah memaklumkan 7 Mac depan merupakan hari sebutan kes tersebut.

Puteri Sarah berkata tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.























________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: