26 January 2023

BAPA SISSY IMANN: "KENAPA ADA MANUSIA DUNIA NI, ZALIM EK? IMPAKNYA AMAT BESAR SEHINGGA BAKAL MEMUSNAHKAN IMPIAN SEORANG AYAH..."



"Aku masih ingat masa dia seusia 5 tahun. Dia pernah dimarahi Pak Longnya kerana suka menjerit (annoyingly). Aku terasa hati, tapi aku tak marah Pak Longnya kerana aku tau itu salah dia.


"Aku berasa, kalau itu Pak Longnya, blood related, aku masih boleh terima tapi aku terfikir boleh ke aku terima kalau orang luar buat benda yang sama? Aku ambik langkah untuk panggil guru vokal untuk mengajar Sissy untuk belajar control suara dia, supaya tak kena marah dengan orang lain.

"Tak sangka dengan bantuan guru vokal tu, sabar mengajar, diusia 16 tahun, dia trpilih menyertai Koir Kebangsaan oleh Datuk Syafinaz Selamat. Apa yang membanggakan aku, dia membawa pulang 3 Trofi Kemenangan di Bali International Choir Festival dalam kategori vokal.

"Pertandingan ini bertaraf dunia. Aku rasakan modal aku selama ni berbaloi. Thank you Datuk Syafinaz kerana membimbing anak aku (Sissy Imann) dengan baik dan berjaya mejadi dia yang sekarang ni.

Klik untuk gambar besar



"Atas itu juga lah bermulalah karier di industri hiburan bila dilamar dan dismbar oleh syarikat rakaman. FYI, bukan saja dalam negara ek, tapi ada juga dari luar negara.

"Sebelum dia merakam album di London, dia ada buat presentation untuk dapatkan budget dari aku. Yang menyentuh perasaan aku bila dia kata, "Yhnda/Bonda, 9 tahun kakak dalam industri and belum sekali kakak belanja untuk beli handbag mewah berjenama.

"Boleh tak kakak guna budget itu untuk rakam album kat London? That is my ultimate dream as singer, composer, singer song writer and all, please 🙏" Without a slight doubt, aku restu saja what ever cost it takes.



"She is so3 excited. Cant wait 2/2/23 untuk album release. Dah rancang macam2 and dah book date bersama wartawan2. tapi......😔. Runtun hati ini bila pagi ni bila aku terbaca dia buat keputusan seperti yang dia post di IG.

"Kenapa ada manusia dunia ni, zalim ek? Impak nya amat besar sehingga bakal memusnahkan impian seorang ayah yang nak tengok anak dia berjaya. Bertahun aku tunggu.

"Namun demikian Alhamdulillah dalam kezaliman, ada juga insan2 yang berhati mulia yang masih memberi dia sokongn untuk dia terus bersemangat. Kasih sayang tanpa syarat. Berlinang juga air mata aku tanpa sedar membaca komen2 dan doa yang baik2 buat dia tanda sokongan. Masya-Allah....

"Aku hanya mampu berdoa: La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana "Jangan lah kamu takut dan jangan lah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Allah bersama kita"," tulis bapa kepada penyanyi Sissy Iman iaitu Mohammad Kamil Moustaffa menerusi laman Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, bapa Sissy mengakui hatinya hiba apabila anak perempuannya itu membatalkan majlis pelancaran album sulung yang sepatutnya dijadualkan pada 2 Februari depan.

Isnin lalu, Sissy membatalkan pelancaran album sulung berkenaan, selain berkata dia sudah hilang rasa teruja untuk berkongsi mengenai albumnya itu.


________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: