Ketika ini, nama adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fina dan bekas pengendali Penang FC dan Melaka United, Datuk Zainal Abidin Hassan menjadi perbualan hangat di media sosial selepas mereka didakwa sudah melangsungkan pernikahan.
Nama mereka dipetik selepas laporan berita seorang bekas jurulatih Liga Super berusia lingkungan 60-an membuktikan beliau masih lagi laku apabila berkahwin kali kedua dengan wanita berusia 29 tahun yang merupakan adik selebriti terkenal.
Menerusi laporan Harian Metro, sumber berkata, pasangan terbabit berkahwin, baru-baru ini, namun hanya diketahui individu dan ahli keluarga terdekat saja.
Walaupun tiada pengesahan atau pengakuan daripada kedua-dua pihak, netizen dan beberapa portal sukan serta hiburan memberi bayangan individu yang dimaksudkan adalah Zainal Abidin dan Fina yang pernah menyertai sebuah rancangan realiti televisyen swasta.
Klik untuk gambar besar
Bagi mencari bukti perkahwinan yang dikatakan berlangsung baru-baru ini, netizen telah membuat 'kerja rumah' apabila menyelongkar profil kedua-dua individu terbabit.
Namun, tinjauan di Instagram (IG) milik Fina, mendapati dia tidak memuat naik sebarang gambar atau kenyataan yang boleh mengaitkannya dengan perkahwinan bersama Zainal Abidin.
Mengikut rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment