09 January 2023

AKHIRNYA FYNA JEBAT AKUI SUDAH BERKAHWIN DENGAN ZAINAL ABIDIN



"Ya, saya sudah berkahwin dengan Zainal Abidin," demikian pengakuan Fyna Jebat atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29.

Dia kemudian berterima kasih kepada peminat yang menitipkan ucapan tahniah kepadanya sebelum ini.


"Alhamdulillah saya sudah bernikah. Jadi terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik.

"Harap doakan kami dan keluarga kami," katanya pada media.

Untuk info, Fyna mengakui perkara itu selepas selesai persembahan di program Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Klik untuk gambar besar



"Buat masa sekarang itu sahaja. Dia menyokong penuh saya, sebab itu saya menang minggu ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, kakak kepada Fyna yang juga penyanyi Ayda Jebat lega dengan keberanian adiknya mendedahkan status perkahwinan.

"Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang.

"Terima kasih atas doa kepada kami," tambahnya.

Awalnya, khabar angin perkahwinan Fyna bersama Zainal, 61, menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet, namun mereka berdiam diri tanpa memberi sebarang komen.

Untuk rekod, Zainal Abidin berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak.

Beliau cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 1990-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: