09 January 2023

BILA SHUK & ISTERI TUNAI UMRAH BERSAMA



"Istimewanya umrah saya kali ini sebab saya pergi umrah dengan (sambil tunjuk ke arah isteri)...," demikianlah kata pelawak Shuk Sahar menerusi sebuah video yang menyaksikan dia berlepas ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah untuk kali kedua bersama isterinya, Rossa Sera.


"Alhamdulillah diberi peluang untuk jadi tetamu Allah buat kali ke 2 @rossa.sera," tulis Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, pada ruangan kapsyen pada gambarnya bersama isteri di Tanah Suci.

Pada masa sama, Sera juga menerusi perkongsian video di Tik Tok turut memohon semua pengikut mendoakan dirinya dan Shuk dapat memperbaiki diri menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Klik untuk gambar besar



"Assalamualaikum semua, doakan kami berdua dapat umrah yang mabrur, dapat perbaiki diri, nervous (gementar) tapi happy (gembira) sangat, Alhamdulillah," tuturnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya di laman sosial menyokong dan meluahkan rasa syukur dengan keputusan Shuk dan Sera yang memilih untuk berbaik semula dan memperbaiki kekurangan diri masing-masing, mendoakan semoga rumah tangga pasangan ini berkekalan.

"Memang rasa sedih. Kadang-kadang begitulah kehidupan. Allah duga dahulu sebelum kita rasa hikmah disebaliknya. Semoga yang terbaik buat kedua pasangan ini."



"Shuk bagus. Walaupun dia tahu kesalahan dia tetapi dia tidak pernah salahkan isteri. Dia pun tidak pernah abaikan anak-anak dan isteri dia."

"Alhamdulillah, jaga baik-baik, kami semua mendoakan yang terbaik untuk kalian." - "Moga jodoh berpanjangan, Shuk jaga isteri elok-elok," antara komen-komen pengguna laman sosial.



Meskipun status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya sehingga kini, namun perkongsian pasangan ini seakan memberi bayangan bahawa kemelut rumah tangga mereka sebelum ini sudah selesai.

Dalam laporan terdahulu, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, pernah mendedahkan sudah memfailkan cerai pada November tahun lalu selepas pelawak itu didakwa curang.

Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 6 dan NurAssyifatu Aimi, 3 tahun.






________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: