09 January 2023

RAKAN ARTIS TAMPIL PERTAHANKAN, VIDEO DI KELAB MALAM HANYA LAKONAN - ALIFF AZIZ ANGGAP UJIAN & TEGURAN ALLAH



Nama Aliff Aziz semalam hangat diperkatakan apabila menjadi bualan ramai di media sosial selepas tular video memaparkan penyanyi dan pelakon itu didakwa sedang berhibur di sebuah kelab malam.


Menerusi video tersebut, Aliff dilihat berada dalam sebuah kelab malam serta dilihat turut ditemani seorang wanita di luar premis tersebut.

Enggan ia terus menjadi tanda tanya, rakan artis yang juga pelakon iaitu Shahidan Izwan tampil mempertahankan Aliff dengan menjelaskan bahawa video itu dirakam ketika mereka sedang menjalani penggambaran sebuah drama.

Klik untuk gambar besar



Menerusi Insta Story itu juga, Shahidan atau nama penuhnya Ahmad Shahidan Izwan Mohd Ali, 26, turut berkata, air yang diminum mereka bukanlah alkohol, namun hanya air berkarbonat.

"Tak fasal-fasal member kena fitnah," tulisnya pada perkongsian video yang memaparkan dia juga terlibat ketika video itu dirakam.

Ditanya siapakan wanita dalam video tersebut, Izwan memberitahu individu itu bukanlah heroin drama berkenaan sebaliknya hanyalah pelakon tambahan. Malah, semasa rakaman tersebut kecoh di media sosial, dia turut bersama Aliff dan melihat sendiri reaksi pelakon berkenaan.



"Kami ada penggambaran untuk drama 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' yang bakal bersiaran pada 27 Januari nanti. Kawasan penggambaran itu bukan seperti yang dikatakan (kelab malam)... ia di Setapak dan masa penggambaran juga sekitar pukul 8 malam hingga 4 pagi. Saya juga tidak pasti ini untuk marketing drama atau bukan!

Semalam saya ada dengan dia... dia kata ini semua ujian dan teguran daripada Allah atas kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum-sebelum ini. Dia okay tiada masalah cuma nampak macam stres sikit. Dia pun mempersoalkan kenapa orang ambil video dia macam itu" jelas Shahidan ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Dalam pada itu, Izwan tidak menolak individu yang menyebarkan video berkenaan berniat jahat dan mahu menjatuhkan reputasi suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu.



Mengenali Aliff secara peribadi, Izwan berkata rakannya itu memiliki hati yang baik dan sering memberikan nasihat berguna kepada sahabat.

"Apa yang saya lihat pada video itu... ia bagai terkejar-kejar nak jatuhkan seseorang dengan cara merakam video secara sorok-sorok. Kami juga pelik lihat orang rakam video macam itu, macam dibuat-buat dan disengajakan.

"Aliff yang saya kenal adalah orang yang baik, dalam drama ini saya sebagai kawan baik dia. Aliff yang sekarang ini berbeza dengan yang dulu. Dekat set penggambaran dia selalu nasihatkan saya untuk rendahkan diri dan sentiasa ingat Allah SWT," ujarnya lagi.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: