05 January 2023

BAKAL TUNAI UMRAH KALI PERTAMA - ZIZI LUAH RASA TERUJA



Pada 24 Januari ini, penyanyi Zizi Kirana dan suaminya, pelakon Yusuf Bahrin akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Kata Zizi, dia berasa teruja apabila ia merupakan kali pertama untuknya dan suami menunaikan umrah.


"Insya-Allah, menjelang 24 Januari ini saya akan ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah, sehari selepas tarikh ulang tahun kelahiran saya. Ini adalah kali pertama untuk saya dan suami menunaikan umrah.

"Jadi, memang kami sangat teruja untuk umrah kali pertama ini," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai persiapannya, Zizi berkata, dia mempersiapkan bukan saja ilmu mengenai ibadah itu, tetapi juga ubat-ubatan dan pakaian yang sesuai untuk musim sejuk.

Klik untuk gambar besar



Berdoa agar semua urusannya dan suami dipermudahkan, Zizi menganggap semua itu adalah ujian Allah untuknya.

"Persiapan semuanya sudah disiapkan. Kami memang serta kelas umrah di samping beberapa persiapan lain seperti pakaian dan sebagainya.

"Yang mencabarnya adalah saya dimaklumkan dalam tarikh kami di sana adalah waktu kemuncak musim sejuk. Saya pula jenis orang yang tak tahan dengan cuaca sejuk.

"Doa dan harapan saya, tentunya agar dikurniakan zuriat dalam rumah tangga kami. Pada masa sama, saya berharap proses ibadah umrah kami dipermudahkan Allah," tuturnya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: