05 January 2023

NORA DANISH DIPUJI SAMBUT 'BIRTHDAY' ANAK SULUNG YANG KE-14 BERSAMA BEKAS SUAMI



"Sambutan awal hari lahir untuk anak kami yang berumur 14 tahun sebelum menghantarnya ke sekolah. Sempat makan tengah hari bersama keluarga. Masih tidak percaya bahawa Rayqal sudah mencecah umur 14 tahun dalam masa tiga hari lagi."


Demikian kata pelakon Nora Danish yang baru-baru ini berkongsi foto anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-14 dimana ia turut disertai oleh bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai dan keluarga.

Dlam hantaran tersebut, Nora memberitahu, sambutan hari lahir anak lelakinya itu terpaksa dibuat lebih awal kerana Rayqal perlu pulang ke asrama bagi menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar, Mantin, Negeri Sembilan.

Perkongsian Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 41, itu menerima pujian daripada pengguna laman sosial. Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat begitu senang melihat hubungan profesional antara Nora dan Jejai dalam membesarkan anak mereka.

Klik untuk gambar besar



"Suka vibes keluarga contoh sebegini. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga." - "Suka tengok keluarga mereka ni. Walaupun dah berpisah tapi Jejai, Nora dan Fasha masih mengeratkan hubungan keluarga.

"Awak sangat hebat dalam membesarkan anak bersama bekas suami. Inspirasi buat semua," tulis beberapa pengguna laman sosial.

Untuk makluman, Nora dan Jejai berkahwin pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli. Pasangan ini bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008.

Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia lima tahun.











________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: