05 January 2023

CHEF WAN NAFI BERITA IBUNYA MENINGGAL DUNIA: "MEREKA FAHAM BAHASA INGGERIS TAK?"



"Adakah mereka baca dan dapatkan fakta sebenar? Atau tak faham bahasa Inggeris?" - "Ini pun sama (laporan berita), mereka faham bahasa Inggeris tak?," itulah tulis cef selebriti terkenal, Chef Wan menerusi beberapa hantaran dimuat naik di laman Instagram, dimana dia mengulas mengenai berita palsu yang mengatakan ibunya, Noraini Abdullah atau Cik Ani sudah meninggal dunia.


Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail, 64, laporan berita itu tidak benar dan mungkin portal berkenaan tidak memahami bahasa Inggeris yang ditulis olehnya di Instagram.

Chef Wan sebelum itu ada berkongsi keadaan terkini ibunya yang dilaporkan sudah semakin tenat. Chef selebriti itu memaklumkan ahli keluarganya sempat membacakan bacaan Yassin susulan tahap kesihatan Cik Ani yang semakin merosot.

Kenyataan yang dibuat menimbulkan kekeliruan ramai pihak kerana ada yang menganggap bahawa ibunya sudah meninggal dunia. Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsi perancangannya untuk menjalankan upacara pengembumian Cik Ani di Cyberjaya sekiranya sudah meninggal dunia.

Klik untuk gambar besar



Kata Chef Wan, dia tidak akan mengebumikan Cik Ani di Sungai Koyan selepas mendapat persetujuan keluarga bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah kelak.

"Kami baharu selesai membacakan surah Yasin beberapa kali bersama keluarga dan sahabat rapat, ekoran keadaan ibu yang tidak begitu baik. Saya bersyukur dia tidak kelihatan sakit tenat seperti yang selalu saya lihat pada individu ketika nazak.

"Semua urusan pengebumian telah dibuat di Cyberjaya apabila tiba masanya untuk ibu berehat. Kami tidak akan mengebumikannya di Sg Koyan kerana ia lebih mudah untuk menguruskan jenazahnya selepas berbincang dengan keluarga," ujarnya.

Terdahulu, Chef Wan memberitahu perkembangan terkini kesihatan ibunya yang sedang sakit tenat di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur. Jelas Chef Wan, dia kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak mampu melelapkan mata kerana bimbang ibunya pergi ketika sedang tidur.





________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: