05 January 2023

AL-FATIHAH - PELAKON DRAMA 'NUR' KEMBALI KE RAHMATULLAH



Sekitar pukul 11.39 malam Rabu, pelakon Kamsani Ismail yang pernah popular menerusi drama bersiri 'Nur' dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat komplikasi penyakit diabetes dan jangkitan kuman.


Menerusi perkongsian di laman Instagram, anak Allahyarham iaitu Muhd Amin Kamsani, 25, memaklumkan bapanya itu menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka.

"Sedekahkah Al-Fatihah untuk arwah ayahanda saya, Kamsani Ismail yang telah kembali ke rahmatullah, 4 Januari hari Rabu pada 11.39 malam. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin," katanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, arwah dilaporkan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Meninggalkan seorang balu iaitu Norhayati Yusoff, 53 dan enam orang anak yang berusia 18 hingga 36 tahun, jenazah Kamsani dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang, Melaka.

Allahyarham pernah membintangi beberapa drama seperti 'Nur', 'Nenek Kebayan' dan 'Shh... I Love You'.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: