05 January 2023

"SEKARANG MASA SAYA PULA" - NAS AHMAD 'TERJAH' PERLU KOS LEBIH RM30,000 UNTUK PEMBEDAHAN



"Dalam Melodi saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Jadi saya serahkan kepada rezeki.


"Dulu saya bekerja tapi sekarang tak lagi. Kalau orang berada memang tiada masalah tapi kalau macam kita ini memang kena usaha. Saya tak rasa kecil hati kalau tak dapat dan tak rasa sombong juga kalau dapat banyak sumbangan.

"Saya kena usaha. Tengok pihak mana yang membantu. Insya-Allah, ini soal rezeki. Kalau ada rezeki saya, adalah. Selain itu ada juga dapat respon daripada beberapa pertubuhan nak bantu.

"Mereka terperanjat kerana dulu nama saya semua orang kenal. Takkanlah dia ini pula yang kena dibantu," ujar bekas wartawan hiburan popular, Nas Ahmad, 61, yang sedang berdepan ujian penyakit jantung dan memerlukan kos lebih RM30,000 untuk pembedahan.

Selepas meninggalkan TV3, Nas atau nama sebenarnya Mohd Nasir Ahmad mewujudkan saluran YouTube yang dinamakan Nas Ahmad Terjah. Nas berkata, penyakit jantungnya mula dikesan Januari tahun lalu.

"Sebelum ini saya tak pernah ada apa-apa penyakit serius dan tak pernah ada pengalaman masuk wad. Setakat demam itu biasalah. Semasa nak tidur saya rasa susah bernafas.

Klik untuk gambar besar



"Sejam kemudian saya berpeluh pula walaupun buka pendingin hawa. Saya rujuk sumber dan baca rupa-rupanya itu tanda serangan jantung. Memang agak terperanjat dan saya terus hubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Nas sepatutnya dijadualkan menjalani pembedahan angiogram pada Mac lalu tetapi ditunda kepada Disember. Ia bagaimanapun perlu bergantung kepada ujian Imbasan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) yang dijalankan sebelum pembedahan dibuat.

"Memandangkan agak lama dari Januari hingga Disember, ada beberapa kesan antaranya kaki saya bengkak hingga susah solat dan pelbagai masalah lain. Kebetulan masalah ini berlarutan ke bahagian dada, saya pergi untuk temujanji yang ditetapkan pada 20 Disember di Hospital Serdang.

"Saya tak dapat buat pembedahan kerana perlu pastikan bengkak surut yang ambil masa sebulan dua. Mac nanti barulah saya masuk wad semula," tuturnya.

Terdahulu, berita berkenaan mula tular apabila pengacara Ahmad Fedtri Yahya, berkongsi perkara ini menerusi akaun media sosialnya Ia mendapat respon pelbagai pihak termasuk pelakon Nabila Huda yang turut sama meninggalkan komen dan mendoakan kesembuhan Nas.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: