06 January 2023

CHEF WAN TAK SANGGUP LIHAT IBU MERANA: "AMBIL LA NYAWA IBU SAYA DALAM KEADAAN TENANG"



"Ya Allah, di malam Jumaat ini kami berdoa sekiranya sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu saya dalam keadaan tenang. Saya tak boleh lihat ibu merana selama ini. Ia sangat menyakitkan," demikianlah tulis cef selebriti terkenal, Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya, dimana dia reda jika Allah menjemput ibunya.


Dalam hantaran yang sama, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail turut berkongsi keadaan terkini ibunya, Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa Cik Ani.

"A while ago when they change her diapers is full of blood and her intestine, stomach or liver must have bleeded. A few time I kissed my mom and her feed too and whisper into her ears... "Mom u must go and ease yourself... leave in peace to a better place waiting for u into Allah arm.

Klik untuk gambar besar



"Menguncap emak ya... sambil membacakan ke telinga dia.. saya cium tapak kaki dia dan mohon kepada Allah yang saya bersedia untuk melepaskannya. Baru saya dapat rasakan betapa remuk hati saya ketika melalui saat-saat begini," katanya lagi.

Beberapa hari lalu, Chef Wan ada berkongsikan perkembangan mengenai kesihatan ibunya yang ketika ini sedang sakit tenat. Chef Wan juga berkata, doktor yang sedang merawat ibunya itu memberitahu Cik Ani sudah tidak memberikan tindak balas positif.

Dalam pada itu, Chef Wan memaklumkan, dia enggan meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu ibunya pergi dalam keadaan tenang.





________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: